KUALA LUMPUR – Sebanyak 167 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu kematian.
Data KKMNOW menunjukkan, jumlah jangkitan itu termasuk tujuh kes import.
Malaysia merekodkan 5,002,509 kes jangkitan Covid-19 dan 36,957 kematian sejak Mac 2020.
Kes aktif pula sebanyak 9,330 dengan 8,983 menjalani kuarantin di rumah.
Jumlah kes yang dirawat di hospital pula sebanyak 338.
Sebanyak sembilan kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan enam memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh sebanyak semalam sebanyak 169. – MalaysiaGazette