Penguat kuasa merampas barang-barang peniaga asing di Pasar Harian Selayang, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menggempur Pasar Harian Selayang dalam satu operasi bagi membanteras peniaga warga asing di sini, hari ini.

Operasi mengejut itu dijalankan pada jam 2 pagi.

Sejumlah lapan aktiviti perniagaan dari etnik Rohingya warga negara Myanmar yang memegang Kad Pelarian (UNCHR) telah disita.

Selain tidak memiliki kebenaran untuk menjalankan perniagaan, penjaja warga asing ini turut meletakkan barangan perniagaan mereka di atas jalan dan tempat parkir kenderaan.

Tindakan penguatkuasaan DBKL telah diambil menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 46(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

DBKL menerusi Facebook berkata, tindakan bersepadu melibatkan anggota penguatkuasanya dan MPS ini akan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan aktiviti perniagaan dari warga asing dapat dibanteras. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Amat sedih sekali..bila ada komplen baru tindakan hendak diambil. Kenapa ini terjadi..adakah PBT kita ini buta atau setakat menunggu maklumat awam baru bertindak..Tiadakah inisiatif atau tindakan pro aktif dari usaha sendiri..Sanggupkah wahai PBT melihat anak bangsa mu merempat di tanah air sendiri .

Comments are closed.