Mangsa terselamat dan penduduk membantu mencari barang-barang yang tinggal selepas rumah ranap akibat gempa bumi yang melanda di Jandares, Afrin, Syria. Foto FAREEZ FADZIL, 19 FEBRUARI 2023.

ANKARA – Enam orang dipercayai terkorban selepas terperangkap di bawah runtuhan selepas Turki dilanda gempa bumi sekali lagi pada hari Isnin.

Gegaran 6.4 magnitud melanda berhampiran bandar Antakya, dekat sempadan Syria.

Kejadian itu berlaku pada jam 8.04 malam, waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer.

Ini diikuti dengan gegaran susulan 5.8 magnitud tiga minit kemudian dan 31 gegaran susulan.

Gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu membunuh 44,000 orang di Turki dan Syria dengan puluhan ribu lagi kehilangan tempat tinggal.

Gegaran terbaharu ini telah meruntuhkan struktur bangunan yang rosak di kedua-dua negara akibat gempa bumi sebelum ini.

Menteri kesihatan, Dr Fahrettin Koca berkata, 294 orang dilaporkan cedera termasuk 18 parah.

Angka kematian dijangka agak rendah kali ini kerana gempa bumi melanda kawasan yang sebahagian besarnya kosong selepas dilanda gempa bumi 6 Februari lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast