Datuk Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dijangka mendakwa Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berhubung kes Inisiatif Jana Wibawa.

Difahamkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu telah ditahan selepas beliau hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi.

Seorang lagi individu yang bakal didakwa bersama atas pertuduhan yang sama adalah seorang ahli perniagaan dan juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, Adam Radlan Adam Muhammad.

Dalam pada itu, SPRM tanpa menamakan pemimpin politik itu telah mengeluarkan makluman kepada media untuk membuat liputan tentang pendakwaan ke atas dua individu berkait Jana Wibawa pukul 9 ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sebelum itu, SPRM telah membekukan akaun parti Bersatu sebagai membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Bagaimanapun, Bersatu menafikan sebarang salah laku berhubung salah laku dana berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas perdana menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah dipanggil dan dirakam keterangan oleh SPRM pada minggu lalu sebagai membantu siasatan lanjut.

Selain itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki juga mengesahkan Muhyiddin sedang disiasat sebagai suspek dalam kes yang sama.

Program Jana Wibawa telah dianjurkan semasa pandemik Covid-19 untuk membantu kontraktor bumiputera.

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Muhyidin kata dia tak kenal kontraktor yg dapat tender…tak kan tak kenal kot..salah satunya ialan Naza Group…Bukan Naza bagi cek kpd Muhyidin berjuta sebelum tu kaaa..kaki pembohong ni

  2. Ohh bagi rakyat yg tak tahu..Adam Radhlan tu ialah sepupu kpd menantu Muhyidin Yassin. Dia pemimpin Bersatu Segambut. Sakau projek2 kerajaan terutama kat KDN masa Muhyidin jd Menteri Dalam Negeri. Lepas tu Muhyidin kata tak kenal? haaaa

    • CEO tu sepupu kepada Adlan Berhan. mana boleh TSMY tak kenal lak, kan bergambar sekali dalam Charity Golf tu. Jadi, CEO yang bakal kena tahan tak sempat ler nak wedding of the year 2023 ye dgn anak kak jat kata maknya lah.

Comments are closed.