Ketua Penerangan Bersatu merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkaitan Projek Inisiatif Jana Wibawa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan tiba ke pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta  diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor tiba jam 8.45 turut diiringi individu dipercayai peguam bagi menghadapi pertuduhan berkaitan Projek Inisiatif Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Jenayah pagi ini.

Bekas Pengerus PTPTN itu yang berpakaian sut lengkap hitam sempat melemparkan senyuman kepada media dan juga sebilangan penyokongnya yang berkumpul di pekarangan mahkamah.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut hadir di mahkamah bagi memberikan sokongan morsl kepada Wan Saiful.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.