Bangunan Parlimen. Foto AFFAN FAUZI, 20 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Menu Rahmah perlu diperluaskan ke kafeteria di Parlimen bagi membantu pelbagai latar belakang yang datang ke bangunan tersebut.

Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, bangunan berkenaan menerima lawatan daripada pelbagai pihak termasuk orang awam.

Justeru katanya, wajar sekiranya menu yang berpatutan harga turut disediakan di kafeteria bangunan tersebut, seperti yang dicadangkan oleh pengamal media ketika lawatannya di Pusat Media, hari ini.

“Ada beberapa permintaan daripada medianya contohnya Menu Rahmah dipanjangkan ke Parlimen. Jadi saya lihat ada keperluan untuk ini, saya ingat lagi sewaktu di pihak pembangkang, kami lihat Parlimen tempat rata-rata rakyat datang tapi kalau harganya tidak mesra rakyat maka itu merupakan satu kesan.

“Jadi kita akan teliti apa yang boleh kita lakukan untuk sebar luaskan Menu Rahmah ke Parlimen. Ini bukan bidang kuasa saya tapi saya lihat ada kewajaran kerana sering kali orang ramai datang ke sini jadi kalau boleh harga makanan lebih rahmah InsyaAllah,” katanya pada sidang media.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan diumumkan tidak lama lagi.

“Saya telah tanda tangan surat pelantikan (Pengerusi Finas) dan kita sedang tunggu proses. InsyaAllah dalam masa terdekat kita umumkan. Dalam masa yang sama kita akan umum juga Pengerusi SKMM harapan saya pengumuman itu menjelang 1 Mac.

“Ini penting kerana ia melibatkan Jawatankuasa Wajib Tayang, jadi ini aspek yang penting untuk dipercepatkan,” tambah beliau.

Khdimat Datuk Seri Zurainah Musa sebagai Pengerusi Finas dibatalkan pada 8 Disember tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rakyat lebih mendambakan harga barang mentah ayam itik daging ikan udang ketam sotong sayur2an buah2an rahmah. Ianya harus dalam skala lebih meyeluruh merangkumni seluruh rakyat jelata, petani, nelayan, pekebun kecil, penoreh getah, penduduk Baling, bandar dan luar bandar Sabah Sarawak.

    Bukan hanya fokus kepada mereka yang duduk dibandar2 dipekan2 sahaja?

Comments are closed.