Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersalaman dengan para tetamu selepas Majlis Malam Apresiasi dan Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia di Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 22 FEBRUARI 2023.

AMPANG  – Kecaman terhadap penggunaan replika senjata pada Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 baru-baru ini dianggap berpunca dari pengaruh Islamophobia.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, terdapat pihak melemparkan tuduhan dan tohmahan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

“Mengapa mereka takut sangat kepada Islam? Sampai muncul Islamophobia, pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah yang dilakukan.

“Umat Islam bawa pedang kayu pun takut. Sedangkan musuh Islam gunakan senjata nuklear, takpa, senjata yang diharamkan oleh Islam, takpa.

“Orang Islam pedang kayu pun tak boleh,” katanya ketika dalam ucapan semasa menghadiri Majlis Apresiasi dan Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia di Hotel Grand Barakah di sini malam ini.

Turut kelihatan hadir ke majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa, hasil naratif buruk itu, ada masyarakat yang terpengaruh.

“Malah ada yang terpengaruh masuk dalam kepala. Fahaman yang dibawa masuk oleh penjajah. Kuatnya pengaruh Islam, laksana banjir yang merentasi yang kawasan-kawasan yang diduduki manusia. Itulah pengaruh islam.

“Kejayaan Islam bukan dengan senjata tetapi kerana hikmah, kerana adil dan tidak berdendam serta tidak zalim. Inilah yang menakutkan musuh-musuh Islam pada hari ini,” katanya.

Sebelum ini, perarakan yang mengenakan pakaian pahlawan Islam bersama replika pedang dalam HIMPIT 2023 itu mendapat perhatian umum di laman sosial namun kemudian berubah menjadi kegusaran awam.

Pada Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang tindakan yang mempamerkan serta meluahkan semangat dengan diselangi apa-apa simbol berupa senjata atau ketenteraan tidak wajar dan mengundang keresahan awam.

Katanya, beliau memandang serius mengenai acara melibatkan perarakan replika bersenjata tajam yang berlangsung dalam himpunan anjuran sebuah parti politik di Setiu, Terengganu pada 17 Februari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Inilah lebai yg makan gaji buta sbg duta bertaraf menteri dan dalang menyemai benih2 radikalisme dlm kalangan anak muda. Dia ni lah yg menjadi penghasut kpd Tragedi Memali…dan skrg dia menghasut anak2 muda utk mengangkat senjata sejak berkawan dgn penyamun2 pimpinan Mudin Pagoh. Kalau latihan haji, kita guna replika Kaabah…dan kalau latihan pengganas, mmglah dia pakai replika senjata…musibat punya lebai makan gaji haram ni

    • ada bukti ke Lebai ni yang penghasut tragedi MEMALI….KAMU ada lihat sendiri depan mata TERLIBAT diri dan keluarga kamu sendiri atau hanya sekadar tabur FITNAHHH yang lebih Besar DOSA dari membunuh.

      JIKA ADA BUKTI sila bawa terus ke pihak Berkuasa….HINGGA sekarang MEMALI TIADA kesudahan untuk mencari KEADILAN…walaupun ada PARTI KEADILAN dari puak MUNAFIK
      Berbohong dan mungkir janji ciri2 MUNAFIKUN

  2. Lebai, nk tanye… pegang kayu tu boleh bantu kurangkan kos sara hidup rakyat ke? boleh bantu wujudkan banyak peluang kerja kepada rakyat ke? boleh turunkan harga barangan ke? boleh basmi kemiskinan ke? Saje tanye!!

    • nak tanya nama LUQMAN….salah satu surah dalam ALQURAN dan penuh nasihat2…….PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI serta MENTERI EKONOMI MUNAFIKUN sekarang dah selesai ke masalah yang LUQMAN tanya tu…..masa ANWAR DAN RAFIZI MUNAFIK sebagai pembangkang semuanya salah tidak betul dan gagal gagal….SEKARANG dah 3 BULAN apa yang disalakkan tu semua dah kena batang hidung sendiri…..tersenyum PENYAMUN ZAHID yang menjuburi nasib bawah kelengkang ANWARFIKUN

  3. Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.

    (Luqman 31:24) |

  4. Lebih menyedihkan lagi apabila umat Islam juga terikut dengan rentak musuh. Mereka diam ketika adanya himpunan pengganas Komunis. Mereka diam ketika golongan LGBTQ membanjiri ibu negara untuk berhimpun. Mereka juga diam ketika program Nijigen Expo yang juga menggunakan cosplay dengan replika senjata tajam.

Comments are closed.