Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 224 jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes terkumpul 5,003,142.

Namun tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama.

Kes kematian kekal sebanyak 36,957 sejak Mac 2020.

Kes aktif pula sebanyak 9,270 dengan 8,952 menjalani kuarantin di rumah.

Data KKMNOW menunjukkan 309 kes lagi dirawat di hospital termasuk sembilan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, tujuh memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast