Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bermula 2024, aset simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

Simpanan syariah KWSP telah diperkenalkan sejak tahun 2017.

Pada masa ini, aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast