Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

“Kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai ke atas rokok elektronik dan vape.

“Walaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

“Alangkah baik sekiranya dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan pengunaan vape,” katanya.

Berita lanjut menyusul – MalaysiaGazette