Pihak bomba sedang melakukan pemeriksaan di lokasi seorang kanak-kanak permepuan ditemui rentung di sebuah rumah di Kuala Ketil, Kedah hari ini.

KUALA KETIL – Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Besah di sini, hari ini.

Mangsa, Nor Batrisha Razali, 12, ditemui di bilik tidur tingkat bawah rumah tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.17 pagi.

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pemadaman api di lokasi.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B yang mana hampir 90 peratus kediaman itu musnah dijilat api.

“Pihak bomba menggunakan satu aliran 100 kaki dengan dua pancutan air untuk memadam kebakaran tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan rentung di dalam bilik tidur tingkat bawah rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Difahamkan ahli keluarga lain telah keluar menyelamatkan diri dan tidak menyedari mangsa berada di dalam kediaman tersebut.

Tambah Wan Mohd Hamizi, siasatan awal mendapati, kebakaran bermula dari bahagian dalam bilik tidur sebelah kanan.

“Bagaimanapun, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,”’ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat mengesahkan insiden tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast