KUALA LUMPUR – Ustaz Azhar Idrus memaklumkan kuliah Maghrib yang dijadualkan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong terpaksa dibatalkan.
Melalui hantaran Facebooknya, penceramah agama itu berkata, kuliah itu sepatutnya diadakan pada 26 Februari ini.
Katanya, pembatalan itu atas arahan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.
”Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliyah di negeri anda. Oleh kerana itu Kuliah Maghrib pada tarikh 26 Feb 2023 ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan, Kuala Lumpur. Mohon sebaran seluasnya,” katanya. – MalaysiaGazette
Zaman Rasullullah dulu islam tersebar luas tanpa mengira tauliah pun, benarlah akhir zmn ni nk sebarkan ajaran islam itu bagaikan menggengam bara.. kita smua pun dh kenal ustaz azhar, xperlu la Jais dan Masjid buat begitu pd UIA nmpk sgt pihak atasan mencampuri urusan politik dlm agama sungguh tidak matang dlm politik, kita umat islam sepatutnya sedar ramai alim ulama kita pun berkurang, yg beribawa spt UAI pun susah dicari, zmn dulu ok je ustaz bagi ceramah zmn Dato seri Najib, Zmn Amwar ni mcm takut dgn bayang² sendiri ke? tepuk dada tanya iman..