Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menaikkan elaun bagi 35,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Anwar, seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM40 juta, katanya semasa pembentangan Belanjawan 2023 hari ini. – MalaysiaGazette