KUALA LUMPUR – Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bagi sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria sudah mencecah kutipan hampir RM11 juta sejak ia dilancarkan 10 Februari sehingga 23 Februari 2023.
Ia merupakan kutipan tertinggi pernah dicatatkan untuk TBKLN, kata Kementerian Luar Negeri.
”Memandangkan sumbangan yang diterima amat menggalakkan, kementerian telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh kutipan TBKLN sehingga 31 Mac 2023.
”Sehubungan itu, KLN sekali lagi, mengalu-alukan orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta NGO untuk terus menyalurkan sumbangan,” katanya.
Sumbangan yang dibuat adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
Maklumat mengenai TBKLN adalah seperti berikut:
Nama Akaun : Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri
Nama Bank : Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya
Nombor Akaun : 1054 9000 0599
Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, sila nyatakan butiran sumbangan anda melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen atau mengimbas kod QR di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan kepada Sekretariat TBKLN melalui emel [email protected].