KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan kitaran balas dasar fiskal bagi membina kemampanan dan kemakmuran Malaysia melalui penerapan keterangkuman dan kesaksamaan di seluruh negara dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Pinjaman pada 2023 dijangka mencapai 12.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), antaranya bagi membiayai program dan projek pembangunan Rolling Plan Ketiga di bawah RMKe-12 serta penebusan bon 1MDB yang matang pada Mac 2023.

Oleh itu, hutang kerajaan dijangka mencecah sekitar 62% daripada KDNK pada akhir tahun 2023.

Kerajaan secara konsisten komited untuk mengurus tahap keberhutangan dalam jangka masa sederhana di samping memastikan pertumbuhan mampan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast