Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 sebanyak RM230.0 bilion atau 12.9% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM210.1 bilion;13.6% pada tahun 2021).

Lebih separuh daripada jumlah pinjaman kasar iaitu RM131.5 bilion atau 57% digunakan untuk membiayai hutang yang matang manakala bakinya untuk defisit termasuk perbelanjaan pakej bantuan Covid-19.

Pembiayaan hutang yang matang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) sebanyak RM29 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) (RM37 bilion), bil Perbendaharaan Kerajaan (SPK) (RM9 bilion) dan pinjaman luar pesisir (RM0.3 bilion).

Menurut Tinjauan Ekonomi & Fiskal dan Anggaran Hasil 2023 Terkini, pinjaman domestik kekal sebagai sumber pembiayaan utama memandangkan kecairan mencukupi dalam pasaaran.

Terbitan MGS mencatat RM86.5 bilion atau 37.5% daripada jumlah pinjaman kasar, manakala MGII sebanyak RM85 bilion atau 36.8%.

Terimaan daripada terbitan bil perbendaharaan sebanyak RM59.4 bilion digunakan untuk pengurusan tunai dan mudah tunai kerajaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast