KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan memperinci mekanisme mengenai bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing yang akan diberi percuma dan ditanggung kerajaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, butiran terperinci akan diumumkan dalam satu sidang media khas di mana beliau sendiri memgakui turut terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 hari ini.
“Mekanisme terperinci akan diumumkan selepas ini kerana ia hanya sepintas lalu sebab saya pun baru dapat berita baik ini. Jadi segi mekanisme pelaksanaan kita perincikan lagi sebelum diumumkan.
“Saya belum pasti berapa ramai yang dapat manfaat dan jumlah peruntukan kerana ia baru diumumkan dan kejutan gembira buat saya. Ada tambahan tugasan untuk saya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam pembentangan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing.
Sementara itu, Anthony turut menghargai pengumuman Perdana Menteri untuk meneruskan inisiatif pas bulanan My50.
Katanya, inisiatif itu memanfaatkan 180,000 pengguna di Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan rel merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Bas (BRT), Monorel dan RapidKL.
Anthony turut menjangkakan penggunaan pas bulanan berkenaan akan meningkat pada tahun ini.
“Terima kasih kepada Menteri Kewangan kerana meneruskan peruntukan kepada kita untuk teruskan pas bulanan My50, khususnya pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang supaya dapat diteruskan.
“Saya menjangkakan bahawa penggunaan yang akan melanggan pas ini akan meningkat pada tahun ini, apabila perkhidmatan MRT2 akan bermula pada Mac nanti,” katanya. – MalaysiaGazette
Teringat kes banglo di PP tg takde simming fool tu, tak habis2 lagi ke penyakit sinderom TERKEZUTT ni. Hal2 besar perundangan pun ramai yang buat2 TERKEZZUTT? Apa nak jadi dengan Malaysia?
Malaysia akan bertambah aman dan makmur…
banyak manfaat utk kita semua.
Alhamdulillah
sokong tak sokong semua dapat.
perkara baik utk rakyat dan negara teruskan.
in Sya Allah semua akan sedar jika mahu berfikir.
Takkan la tiada perbincangan awal diantara PM dan Menteri Kabinet sebelum Belanjawan dibentang.