KUALA LUMPUR Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Rantau New Britain, Papua New Guinea pada jam 5.24 pagi tadi.
Pusat gempa bumi berlaku kedalaman 61 kilometer, 77 kilometer barat daya dari Kimbe, PNG, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia juga melaporkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 telah berlaku di Hokkaido, Rantau Jepun pada pukul 9.27 malam tadi.
Pusat gempa bumi tersebut terletak 42.8° Utara dan 145.5° Timur dengan kedalaman 63 km. 277km Tenggara dari Asahikawa,Jepun. – MalaysiaGazette