kerajaan perpaduan
Anwar Ibrahim (duduk, tengah) menghadiri program Pemukiman Timbalan-Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan 2023 di Kompleks Seri Perdana, semalam. - Foto: SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan mesti memberi perhatian dalam usaha mengangkat kepentingan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai program Pemukiman Timbalan-timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan 2023 yang dihadirinya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

“Kami bersama menekuni dan menelaah pelbagai isu dan hal yang mesti diberi perhatian terutamanya dalam mengangkat kepentingan rakyat.

“Kebijakan yang ingin dibawa mesti dirangka menjurus ke arah itu,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette