KUALA LUMPUR – Sebanyak 207 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam dengan sifar kematian.
Malaysia merekodkan 5,003,717 kes jangkitan Covid-19 dan 36,957 kematian sejak Mac 2020.
Kes aktif pula sebanyak 9,206 dengan 8,871 menjalani kuarantin di rumah.
Jumlah kes yang dirawat di hospital pula sebanyak 325.
Sebanyak 10 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan enam memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh sebanyak semalam sebanyak 175. – MalaysiaGazette