UMNO Pasir Puteh bangkit
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh bagi penggal 2023-2026.

Beliau memenangi jawatan tersebut tanpa pertandingan selama dua penggal berturut-turut.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada UMNO Pasir Puteh kerana memilih saya menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian buat dua penggal berturut-turut.

“Insya-Allah akan melaksanakan amanah ini sebaiknya,” katanya dalam hantaran Facebook, malam tadi.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak akan lagi menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada penggal yang baharu setelah beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan kali ini.

Pemilihan UMNO di peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri akan berlangsung pada 11 Mac ini manakala di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan bahagian pada 18 Mac. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast