KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) untuk pengeluaran tempatan yang mengukur harga barangan di pintu kilang, berkembang pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.3 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023 berbanding 3.5 peratus tahun ke tahun pada Disember 2022, lkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Berdasarkan infografiknya, pertumbuhan lebih perlahan itu sebahagiannya disebabkan oleh penurunan yang lebih besar dalam IHPR untuk sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, menyusut 20.9 peratus tahun ke tahun berbanding penguncupan 17.5 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Selain itu, indeks perlombongan merosot 2.2 peratus tahun lalu selepas meningkat 3.7 peratus pada Disember 2022.
Bagaimanapun, DOSM berkata pertumbuhan Januari itu disokong oleh IHPR bagi sektor pembuatan yang berkembang 4.5 peratus tahun ke tahun walaupun menyederhana daripada 6.1 peratus pada Disember 2022 serta IHPR bagi sektor bekalan elektrik dan gas yang meningkat 1.2 peratus tahun ke tahun daripada 1.0 peratus sebelum ini.
Indeks untuk bekalan air tidak berubah pada 3.8 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023, katanya.
Pada asas bulanan, DOSM berkata IHPR bagi pengeluaran tempatan yang menyusut 0.3 peratus tahun ke tahun pada Disember 2022, turun lagi sebanyak 0.8 peratus daripada -0.3 peratus pada Disember 2022.
Kebanyakannya disebabkan oleh sektor perlombongan, ia merosot 2.2 peratus daripada pertumbuhan 3.7 peratus pada bulan sebelumnya dan sektor pembuatan merosot 0.7 peratus selepas kekal tidak berubah pada Disember 2022.
Bagi IHPR bagi negara terpilih, maklumat infografik itu menunjukkan Amerika Syarikat (AS) juga menyaksikan IHPR berkurangan 6.0 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023 daripada pertumbuhan 6.5 peratus tahun ke tahun pada Disember 2022; IHPR Jerman naik 17.8 peratus tahun ke tahun daripada 21.6 peratus tahun ke tahun sebelumnya dan IHPR China terus menurun sebanyak 0.8 peratus tahun ke tahun daripada -0.7 peratus tahun ke tahun pada Disember 2022.
Mengenai prospek, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan unjuran ekonomi global, komoditi dijangka mengalami penurunan sederhana pada 2023 berbanding tahun lepas berikutan gangguan yang disebabkan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, ditambah dengan permintaan global yang lembap dan tekanan geopolitik antara AS dan China.
“Tinjauan Pasaran 2023 oleh Fitch Solutions mengenal pasti daripada 26 komoditi, 19 harga pasaran bagi komoditi dijangka turun pada asas tahun ke tahun termasuk eksport utama minyak sawit Malaysia.
“Harga pasaran komoditi lain seperti gula dan beras dijangka lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan berasingan hari ini.- BERNAMA