Seorang lelaki berjaya diselamatkan di tingkat empat V Residensi Suites, Jalan Cheras, Taman Maluri. - Foto JBPM KL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang berada di luar tingkat empat di V Residensi Suites, Jalan Cheras, Taman Maluri, di sini, malam tadi berjaya dipujuk dan dibawa keluar.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam.

Katanya, seramai 18 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Jalan Hang Tuah bersama dua jentera FRT, satu jentera ALP dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik anggota tiba di lokasi mendapati seorang lelaki dewasa dianggarkan berusia 40-an dilihat berada di tingkat empat bangunan itu.

“Lelaki terbabit berjaya dipujuk dan kemudian dibawa dengan selamat pada 9.08 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.33 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast