KUALA LUMPUR – Sebanyak lebih kurang RM15 bilion hingga RM17 bilion akan dapat dijimatkan sekiranya kerajaan sekiranya melaksanakan pengecualian subsidi petrol kepada golongan T20.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, wang berbilion ringgit itu boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat.
“Jika kita tidak mahu lagi T20 mendapat subsidi petrol, diesel, dan LPG. Anggaran penjimatan ialah RM15 hingga 17 bilion.
“Jadi jadi ahli-ahli berhormat boleh bayangkan berapa banyak perkara lain yang kita boleh guna daripada wang itu untuk membantu rakyat dalam pelbagai perkara dan urusan di 26 kementerian,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Amzad Mohamed Hashim (Kuala Terengganu – PN).
Ahmad Amzad bertanya adakah dengan langkah kerajaan yang akan menggunakan pangkalan data bersepadu komprehensif membabitkan data daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Khazanah Nasional selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan mekanisme subsidi bersasar benar-benar berkesan dalam mengelakkan ketirisan dan keciciran.
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan masih mengekalkan pelaksanaan subsidi demi kepentingan rakyat dan kerajaan masih mengekalkan pelaksanaan subsidi demi kepentingan rakyat namun.
Ujarnya, subsidi akan dikekalkan sehinggalah kerajaan membuat suatu keputusan misalnya kemungkinan bagi melaksanakan subsidi bersasar.- MalaysiaGazette
Pembelian menggunakan kad kredit untuk Ron95 seharusnya tidak dibenarkan, bagi mengelakkan kenderaan asing dan orang-orang kaya.
Bende2 elok kenapa nak dilengah2kan. T20 sekali isi minyak kereta mercedes, sport car berapa puluh liter, beratus2 ringgit subsidi kerajaan berikan, B60 isi minyak motor kapcai ciput je… siapa yg dapat lebih subsidi dari kerajaan sebenarnya?