telur Ka Siong
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Hasrat kerajaan untuk menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada hampir dua juta ahli yang berusia 40 tahun hingga 54 tahun dan mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu menjadi tanda tanya kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ini kerana pencarum KWSP yang berumur antara 41 hingga 55 tahun mempunyai simpanan paling tinggi merangkumi 53.4 peratus dan dalan kalangan ahli aktif.

Menurut beliau, berdasarkan laporan tahunan yang dikeluarkan pada 31 Disember 2021, menunjukkan purata caruman golongan berkenaan dalam KWSP sebanyak RM197,590.

Sehubungan itu, beliau tertanya-tanya siapakah yang akan menerima caruman tambahan RM500 seperti yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023, baru-baru ini.

“Maksud saya peruntukan RM1 bilion itu hendak di bahagi kepada siapa? Kalau ada ahli aktif yang miskin kita patut bantu. Bagaimana pula kalau tidak aktif? Mungkin dia bekerja pada usia 18 hingga 32 tahun, caruman KWSP tidak sampai RM9,000 kalau umur 40 tahun tidak mencarum, tidak aktif. Takkanlah kita nak bantu (pencarum) yang tidak aktif?

“Saya tahu Perdana Menteri ambil data daripada KWSP. Saya tidak pernah meragui data KWSP dan Bank Negara Malaysia (BNM) tapi tiga hari saya pening kepala nak yakinkan bahawa RM1 bilion akan diberikan kepada dua juta pencarum,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Ka Siong berkata, adalah adalah tidak wajar sekiranya peruntukan RM500 itu akan turut diagihkan kepada pencarum yang tidak aktif.

“Kita nak jaga ahli aktif atau tidak aktif? Seseorang telah bekerja purata 20 tahun untuk umur itum purata mengambil gaji RM1,000. Kalau sudah bekerja 20 tahun sudah menjangkau RM26,000 tidak akanlah i-Sinar, i-Citra sebelum ini jumlah pengeluarannya lebih RM40,000?” soal Wee lagi.

Lantaran itu, beliau menggesa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyemak kembali data yang telah diberikan kepadanya sebelum ini bagi mengelakkan kecelaruan.

“Sebab itu saya kata, arahkan KWSP terangkan kenapa data bercelaru. Saya tidak faham macam mana nak yakinkan RM1 bilion dibelanjakan kepada 2 juta pencarum. Ini sebagai satu contoh yang saya rasa kita perlu penerangan daripada pihak berwajib,” tambah bekas Menteri Pengangkutan itu.

Dalam Belanjawan 2023 Jumaat lalu, Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk akan menambah caruman simpanan KWSP sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Menurut beliau, selepas negara dibelenggu musibah pandemik Covid-19, rakyat beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. woi bodoh bg2 la org buat keluar duit KWSP tu,klu mcm sy MMG merlu2kan duit KWSP, umah sewa sy dah tertunggak setahun nasib tuan rumah xhalau lagi ke nie,ke ada antara korang nk tlg bayar sewa rumah sy yg tertunggak nie
    korang nie mcm sial la duit kita org kn tu apa yg susah sgt nk bg nya,kau org agak2 semua org umur panjang ke
    bg2 je kita org keluar kn duit KWSP tu

  2. Betul apa yg di katakan itu. Kerajaan patut membantu rakyat dalam kesusahan sekarang bukan guna dana untuk kepentingan sendiri.. Kalau ikutkan dana RM500 untuk B40 hanya beberapa orang saja pencarum layak menerima dan selebihnya hilang entah kemana? contoh sekarang ni BTR di beri pada rakyat tapi berbagai saman di keluarkan walau sekarang rakyat masih dalam kesusahan. Contohnya saman parking boleh di katakan paling banyak berbanding sebelumnya. Seperti di beri BTR pada rakyat sekali tapi di ambil semula 3 kali ganda. Apa-apa pun 5 tahun saja dapat berkuasa. Tiada keadilan rakyat berhak cari pimpinan baru.

  3. Terima kasih YB DSWKS,,Kami amat memerlukan pengeluaran KWSP ini..Nk buat pembayaran kereta dh 4bln,rumah dh 2bln tertunggak,Anak nak start sekolah,nak start puasa..

  4. Aku sudah 3 tahun tak bekerja,umor 46,simpanan baki kwsp dalam 23k,..Mengikut belanjawan kemarin,aku tak dapat apa,..Memang meragukan,adakah ini idea pakar formula LOJI punya otak..???

  5. Saya berseruju dgn we ka siong beliau seorang bangsa cina tapi prihatin akan masalah rakyat ini oerdana menteri melayu seolah-olah kesusahan rakyat tidak dipeduli saya tabik datuk wee ka siong

  6. saya persara swasta kerja 36 tahun dapat pampasan 15 ribu sahaja sepatut nya dapat 200 ratus ribu short 185.00 ribu kenapa ada penyelewengan dlm syarikat yg besar dlm syarikat saya untuk perhatian tuan syarikat saya ambil syer majikan dan dividen nya dari mula mula bekerja sampai ke akhir saya bersara di harap pihak tuan siasat perkara ini berlaku saya hendak keadilan dan saya nak hak saya .tangkap orang yang buat kesalahan ini.

  7. kenapa lah dihentikan pemberian hingga umur 54 tahun. apa dia fikir semua pada umur 55 dah mati ke!!!!.
    ni kalau dah terlebih bijak mcam ni lah jadinya.

  8. kalu bekerja 20 tahun caruman ada rm26k.. 3 kali pengeluaran dh habis la. itu pun tak faham. apa salah aktif ke tak aktif?

Comments are closed.