Jalan di Felda Selancar yang merupakan jalan utama ke Kuantan dan Segamat ditutup akibat kejadian tanah runtuh. Sumber : media sosial

KUANTAN – Jalan masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, Rompin, ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh.

Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin berkata, notis penutupan laluan tersebut telah dimaklumkan menerusi aplikasi media sosial bagi memudahkan perancangan perjalanan kepada pengguna jalan raya.

“Maklumat penutup laluan berkuatkuasa pada 1 Mac 2023, status Laluan Penutupan Jalan Persekutuan FT2490 Jalan Masuk ke Perwira Jaya dan Selancar.

“Penutupan jalan ini perlu demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut kenyatan itu, para pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda dan arahan yang telah disediakan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi JKR Daerah Rompin di talian 09-414 5040. – MalaysiaGazette