Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bercakap kepada media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dengan IFP Energies Nouvelles (IFPEN) of France di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang sepatutnya meneliti terlebih dahulu kandungan Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum bersuara bagi mengelak mereka daripada mendapat malu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini kerana negeri-negeri yang dipimpin oleh pembangkang menerima 50 peratus daripada peruntukan perbelanjaaan infrastruktur dengan negeri-negeri berkenan adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak dan Perlis.

“Sebab itu sepatutnya ahli Parlimen pembangkang ini baca dulu, teliti, kira dulu sebelum mereka bersuara kerana dia malu bila jadi macam ini.

“Sebab, soalan ini ditanya sebelum saya menggulung (perbahasan di Dewan Rakyat)…kalau saya menggulung memang saya lipatlah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dengan IFP Enegergies Nauvelles of France (IFPEN), di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff yang mengatakan pembangkang tidak sepatutnya meniup sentimen perkauman dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap isu royalti petroleum di Kelantan dan Terengganu.

Menerusi hantaran di Facebook Mohammad Agus berkata, tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang itu boleh mengancam keharmonian hubungan kaum sesama rakyat.

Dalam kes royalti petroleum itu, beliau berkata, pembangkang boleh menggunakan saluran undang-undang dan lain-lain tindakan diplomasi agar sama-sama dapat mengangkat Malaysia Madani bagi mewujudkan Malaysia yang stabil, makmur dan bahagia.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, jika mahu memainkan isu perkauman berkaitan perkara tersebut ia sudah pasti akan menimbulkan polemik kepada negeri-negeri seperti di Pantai Barat yang rakyatnya lebih banyak membayar cukai.

Katanya, rakyat di negeri-negeri terbabit boleh sahaja menimbulkan persoalan mengenainya mengapa negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang boleh menerima peruntukan lebih banyak.

Persoalan yang timbulkan ketika ini ialah apabila kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pembangkang memohon supaya mereka diberikan wang secara tunai.

“Sebagai kerajaan memberikan wang tunai itu kepada kerajaan-kerajaan negeri sebenarnya lebih kurang bertanggungjawab kerana bila dah dapat wang tunai dia tak ada kepastian akan jadi kepada projek infrasturtur di bawah.

“…yang berlaku sekarang ini ialah peruntukan yang besar sehingga 50 peratus mengatasi semua negeri lain itu diberikan dalam bentuk infrastruktur.

“Tetapi, infrastruktur ini perlu dijalankan dan dilakasanakan oleh agensi Persekutuan kerana mereka yang ada kepakaran dan kebolehan itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Royalti petroleum: Pembangkang jangan tiup sentimen perkauman – Agus

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. muka ni yang tak tahu malu, asyik formula je sblm ni tapi bila dah jadi menteri semua formula jadi taik

  2. rakyat MALU PEMIMPIN MUNAFIK RAFIZIKUN….kCow masa PEMBANGKANG semuanya salah dan tidak bermanfaat

    saya pernah di petronas…..harga minyak bole TURUNNNNNN rm1.50
    TOL PERCUMA JADI TOLOL PADA PAKATAN HANCING
    PTPTN TIDAK MUNASABAH PATUT DIHAPUSSSKAN….PENDIDIKAN PERCUMA
    GST CEKIK DARAH HARGA KERETA MALAYSIA SAYA AKAN JADI RM25000
    HARGA BARANG CEKIK DARAH SAYA BOLEH SELESAIKAN

    saya ORANG PERTAMA MENENTANG KJASAMA umnONGOK DGN Pakatan Hancing
    MUNAFIK NERAKA PALING BAWAH

Comments are closed.