Johari Abdul
KUALA LUMPUR – Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Johor ketika ini mendapat perhatian Ahli Parliman di Dewan Rakyat yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.Ucapan takziah itu bukan sahaja disampaikan oleh Ahli Parlimen dari negeri berkenaan tetapi turut mendapat simpati wakil rakyat dari negeri-negeri lain.

Antara Ahli Parlimen yang memulakan sesi pagi dengah merakamkan ucapan tersebut ialah Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang).

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada mangsa di Johor dan saya percaya krajan sedang melakukan yang terbaik untuk bertindak di Johor,” kata Ahmad Fadhli.

“Di samping saya juga mengambil kesempatan untuk bersimpati kepada mangsa banjir di Johor yang sudah lebih daripada 25,000 orang.

Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) turut sama berbuat demikian.

“Pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa banjir di mersing dan terima kasih kepada semua petugas,” kata Muhammad Islahuddin.

“Tanjong Karang turut menzahirkan rasa simpati dan takziah di atas mangsa-mangsa banjir di Johor,” kata Zulkafperi.

Setakat pagi tadi, keadaan banjir di Johor bertambah buruk dengan bilangan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 25,213 orang.

Mereka membabitkan 7,013 keluarga yang dipindahkan ke 187 PPS yang dibuka di 10 daerah terjejas banjir.

Jumlah itu meningkat mendadak berbanding 9,167 penduduk daripada 2,760 keluarga yang ditempatkan di 90 PPS di enam daerah malam tadi. – MalaysiaGazette