Air naik di laluan Jalan Felda Jelai.

KUALA LUMPUR – Berapa jalan di daerah Tampin ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan banjir besar yang melanda beberapa kawasan.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Londah-Pasir Besar, jalan utama Bukit Rokan dan laluan Felda Jelai 2 – Pasir Besar.

Keadaan di Jalan Londah.

Jabatan Kerja Raya Tampin dalam kenyataannya berkata, tempoh penutupan sehingga dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif dan dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast