KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 bertambah sebanyak 217 lagi dengan dua kematian semalam.
Angka terbaharu itu menjadikan kes Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 5,004,323 sejak Mac 2020.
Kes kumulatif kematian pula sebanyak 36,960.
Data KKMNOW menunjukkan sebanyak 9,230 kes aktif dengan 8,882 menjalani kuarantin di rumah.
Kes yang dirawat di hospital pula sebanyak 341 dengan tujuh ditempatkan di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu tiga kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette