Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulan Mac Kementrian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat Risda, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia digesa untuk menilai semula kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang meramalkan kerajaan perpaduan akan tumbang tidak lama lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat perlu pandai menilainya kerana pada beliau kenyataan Abdul Hadi hanya bersifat fatwa ‘politik’.

“Nilai sendiri apa yang beliau sebutkan sebagai fatwa politik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di RISDA, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas soalan wartawan MalaysiaGazette berhubung kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur pada Selasa lalu, Abdul Hadi bagaimanaapun tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat .

“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan.

“Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” Abdul Hadi.

Jelas Ahmad Zahid lagi, Abdul Hadi sering dilihat membuat fatwa yang berbeza-beza biarpun memetik hadis dan ayat al-Quran yang sama.

“Itu doa buruk beliau dan saya fikir sebagai ulama politik, beliau mempunyai fatwa yang berbeza-beza dan fatwa itu bergantung kepada situasi.

“Ayat al-Quran dan hadis yang sama. Maknanya sama tapi tafsirannya berbeza,” tambah Ahmad Zahid lagi.

Ditanya mengenai ura-ura mengenai gerakan untuk menukar kerajaan, Ahmad Zahid berkata, kestabilan politik di negara ini penting bagi meyakinkan pelabur-pelabur asing untuk terus membuat pelaburan di negara ini.

“Ketepikan soal perbezaan pendapat dan kalau mahu tukar kerajaan, tukar dalam PRU16 nanti.

“Yang penting kita kembalikan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur semula ke negara kita dan kita mahu ekonomi berkembang semula dan mencapai KDNK yang baik bukan menumpu kepada kerja-kerja politik semata-mata.

“Jangan lalukan kerja-kerja buruk untuk menyusahkan rakyat lagi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mangkuk hadi tu,nak naikkan semangat walaun je,supaya bersemangat utk turun bertugas dlm pilihan raya negeri nnt, maklumlah,ealaun kan bodoh dan bebal,telan bulat2 hujah hadi. Kalau x buat gitu,lesu la jentera walaun..eheh

Comments are closed.