Onn Hafiz Ghazi mengadakan lawatan di PPS Segamat tengah hari tadi.

SEGAMAT – Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Johor sudah digerakkan, kata menteri besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau yang mengharapkan banjir terus surut meminta penduduk yang terjejas tabah menghadapi dugaan ini.

“Kita doakan supaya mangsa tragedi terus bersabar, di peringkat agensi-agensi kerajaan persekutan dan agensi negeri bekerja siang dan malam termasuk wakil-wakil rakyatnya, untuk memastikan makannya mencukupi, selamat sampai dan sebagainya.
“Insya Allah kita doakan supaya banjir surut, kalau kita tengok cuaca harini bertambah baik di kawasan segamat ni, insya Allah. majoriti mangsa banjir yang terperangkap dah dikeluarkan semalam berkat bimbingan semua agensi seperti yang sebut tadi, bomba, APM.
 “Saya juga ingin berikan penghargaan kepada jkm, mereka juga membantu dari segi bekalan makanan. Tidak lupa juga kurniaan daripada Sultan Johor yang sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi mangsa banjir ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Segamat hari ini.
Semalam dilaporkan 15 sungai utama masing-masing empat di Segamat dan Kulai, dua di Tangkak serta masing-masing satu di Johor Bahru, Kluang, Pontian, Kota Tinggi dan Batu Pahat, berada pada paras bahaya, tengah hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, ia membabitkan Sungai Segamat Kecil yang melebihi paras bahaya di 38.32 meter, Sungai Bandar Segamat pula melepasi 10.56 meter, Sungai Labis melepasi paras 41.52 meter dan Sungai Lenik Ladang Chaah pula melepasi 8.69 meter.
“Di Kulai pula, Sungai Siku di Kampung Murni Jaya melepasi paras bahaya di 18.52 meter, Sungai Skudai Kampung Separa melepasi 18.92 meter, Sungai Kampung Melayu Bukit Batu turut melepasi paras bahaya di 12.83 meter dan Sungai Siam Kampung Sungai Siam pula melepasi paras bahaya 21.53 meter.
“Di Tangkak, Sungai Tangkak Kampung Seri Makmur turut melepasi tahap bahaya pada paras 4.25 meter selain Sungak Kesang Telok Rimba merekodkan paras bahaya 3.78 meter.
“Di Johor Bahru, Sungai Skudai di Kampung Laut melepasi paras bahaya 5.36 meter, Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang juga melepasi tahap bahaya di paras 16.96 meter dengan Sungai Pulai, di Kampung Ulu Pulai, Pontian turut melepasi tahap bahaya pada paras 2.56 meter.
“Empangan Bekok di Batu Pahat pula merekodkan paras bahaya 19.76 meter manakala Sungai Johor di Kota Tinggi juga melepasi paras bahaya 2.93 meter,” katanya.
Tambahnya, sebanyak tujuh jalan raya membabitkan Kluang, Kulai, Mersing, Batu Pahat dan Johor Bahru ditutup sepenuhnya akibat banjir dan tanah runtuh.
Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir ialah Jalan Kluang-Mersing (Ladang Greenway), Jalan Batu Pahat – Mersing; Jalan SMK Layang-layang; Jalan Ulu Tebrau-Ulu Tiram; Jalan Jemaluang- Batu Pahat; Jalan Johor Bahru-Seremban.-MalaysiaGazette
CAPTION:Onn Hafiz ketika mengadakan lawatan di PPS Segamat tengahari tadi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast