Gambar hiasan

MOSCOW – Aplikasi perkongsian video TikTok akan memperkenal had masa skrin untuk pengguna di bawah umur 18 tahun bagi membantu remaja mengurus masa mereka di platform itu secara lebih cekap.

“Dalam minggu-minggu akan datang, setiap akaun milik pengguna di bawah umur 18 tahun akan ditetapkan secara automatik kepada had masa skrin selama 60 minit sehari,” menurut syarikat aplikasi itu dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

Apabila pengguna mencapai had yang ditetapkan, mereka akan diminta memasukkan kod laluan untuk terus menonton video di platform itu jika mahu melanjutkan masa tontonan.

Jika had 60 minit terlalu singkat, mereka boleh menetapkan sendiri tambahan masa melebihi 100 minit setiap hari.

Pengguna kurang daripada 13 tahun juga akan mempunyai had masa skrin selama 60 minit dan ibu bapa atau penjaga mereka perlu menetapkan atau memasukkan kod laluan yang membolehkan mereka menambah masa sebanyak 30 minit lagi.

Dilancarkan oleh syarikat China ByteDance pada 2018, TikTok telah menjadi peneraju dalam segmen aplikasi video pendek dan kini merupakan antara platform media sosial paling popular di seluruh dunia. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast