Petugas hospital membawa mayat selepas dipercayai jangkitan wabak Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. Foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terkumpul kepada 36,965.

Negara juga merekodkan pertambahan 244 kes jangkitan baharu dalam tempoh sama, sekali gus menjadikan kes kumulatif sebanyak 5,004,565.

Data KKM NOW menunjukkan kes aktif sebanyak 9,256 dengan 8,896 menjalani kuarantin.

Sejumlah 353 pula dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, tujuh kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan dua memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette