Mentega Terbang
Poster filem Mentega Terbang

KUALA LUMPUR – Lembaga Penapis Filem (LPF) menjelaskan filem “Mentega Terbang” tiada dalam rekod penapisannya.

Ini kerana, filem ini ditayangkan secara dalam talian (melalui platform Internet).

Oleh itu, tayangan atau penstriman filem ini di luar bidang LPF, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Walau bagaimanapun, LPF sentiasa peka dan komited dalam memastikan unsur-unsur negatif termasuk elemen yang bertentangan dengan akidah dalam filem dapat dicegah daripada disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan atau diedarkan secara konvensional kepada masyarakat umum di Malaysia.

Katanya, LPF kini sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung dengan filem “Mentega Terbang”.

Memandangkan tiada kelulusan LPF yang dikeluarkan ke atas
filem “Mentega Terbang” untuk tujuan tayangan umum dan sekiranya masyarakat awam mendapati filem tersebut ditayangkan secara konvensional di mana-mana premis, aduan boleh disalurkan kepada Pejabat Penapisan Filem, KDN melalui e-mel
[email protected] atau Sistem Pengurusan Aduan Awam KDN di pautan
https://moha.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

LPF berkata, dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010 yang merangkumi beberapa aspek iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya; serta ketertiban dan ketatasusilaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast