Tun Dr. Mahathir Mohamad-Foto MUHD NA’IM, 04 MAC 2023.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Malaysia akan menjadi seperti Singapura selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 dan PRU17.

Beliau yang baru dilantik sebagai Penasihat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menjelaskan, ini kerana terdapat kemungkinan kerajaan sedia ada akan melakukan persempadan semula kawasan pilihan raya dengan mengurangkan jumlah kawasan pengundi Melayu.

Pada masa sama, beliau memberitahu, kawasan pengundi bukan Melayu akan ditambah yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi corak pentadbiran selepas PRU16 dan PRU17.

“Hari ni pun jelas orang Melayu sudah hilang kuasa dan kuasa ekonomi pun tidak ada serta kuasa politik pun sudah hilang. Saya berpendapat masa PRU16 dan PRU17, kerajaan akan jadi kerajaan republik kerana saya dapati kerajaan yang ada sekarang ini mungkin akan buat perubahan-perubahan supaya kawasan pilihan raya bertukar dan jumlah kawasan Melayu akan berkurangan dan jumlah kawasan bukan Melayu akan bertambah.

“Sedikit sebanyak akan menukar corak kerajaan yang sedia ada pada PRU16. PRU17 akan lebih teruk lagi jadi dalam negara kita tidak ada jaminan PM orang Melayu dan siapa pun boleh jadi PM.

“Di waktu ini pun parti-parti Melayu yang ada dalam kerajaan tidak berkuasa dan mereka berpecah kepada tiga buah parti. Saya yakin jika kita tidak berjaga-jaga, pru akan datang dan kalau undi dapat duit, kita akan pilih orang yang kurang baik dan mereka menggadai negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang Bersama Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Turut hadir dua bekas menteri Kabinet, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Zuraida Kamarudin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Sekian lama Dasar Ekonomi Apartheid aka DEB/NEP hadkan 30% ekonomi untuk majority pribumi Melayu supaya minority bukan pribumi Melayu meraih 70% ekonomi lebih sesuai di tanah tergadai Melayu Singapore politikus Pak Pandir ooii!

  2. Kenapa lah MG siarkan kenyataan org tua ni? Dah tu muka depan utama plak tu? Si Tua ni dah tak relevan laa…org Langkawi pun tolak dia…cari laa berita yg lebih bermanfaat kpd rakyat dan ada nilai berita

  3. Dulu kau ramal juga masa pru15 yg GTA akn jadi king maker utk bentuk kerajaan. Namun bukan shj ramalan ke laut.. tempat sendiri bertanding pun hilang deposit. Rehat la sementara ada peluang utk berehat. Zaman.dh berlalu boh!!!!

  4. Mahathir ambil alih watak filem P.Ramle ke sebagai “kehidupan alam nyata”?
    Melayu ke yang mudah lupa?
    Tak sedar menghina diri sendiri tu lah sebab Mukhriz tendang dia keluar!!!!
    Sebab dogol ni lah yang memulakan segala kerosakan buat persempadanan memecahkan majority Melayu?
    Nyanyuk ke buang tabiat orang TUA ni?

  5. Ramalan Tun Ada yg kena Dan Ada yg Tak kena…nama pun ramalan,makna kata ramalan boleh jadi kena boleh jadi Tak kena,mau kena baru hampa pakat2 menyesal,Kita akhir zaman dah,yg amanah akan di khianati dan di sia2kan,maka para pemimpin akan di angkat hanya dari kalangan para pendusta dan pengkhianat sja… pemimpin yg bnyak dapat panah2 fitnah itu lah pemimpin yg berjuang di jalan yg benar…

  6. SudohLah atok oii,udah ropei taun aje pn..kng org kata nyanyok maroh.ate cer banyok2 cium tanah tu bru ler dpt mafaatnye utk mnyedorkn diri tu sikit,mike udoh ler dh msuk level susoh nk diajor lg nk ajor2 org plk,konon nk ngajor cuci otak org supaya kerajaan skg ntah ape2 ntah..

  7. Mahathir masih Orang Besar, masih ada media mahu temubual dan menyiarkan pandangannya.

Comments are closed.