Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta untuk menunjukkan bukti bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menerima resolusi supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Gesaan itu dibuat oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Zahid mengelirukan banyak pihak dalam parti.

“Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat RoS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza.

“Satu kata RoS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru.

“Saya pun baca laporan media juga,” kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Media hari ini melaporkan, Ahmad Zahid berkata, RoS telah meluluskan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun ini.

Usul tambahan itu dibuat pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 lalu.

Artikel berkaitan: ROS Terima Usul Tidak Pertandingkan Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO #MGFlash

Ahmad Zahid berkata, UMNO menerima surat daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai keputusan RoS itu kelmarin.

“Surat dari Menteri Dalam Negeri semalam adalah mengenai pemberitahuan keputusan pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 (1)(c) (14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), berhubung keputusan usul tambahan yang diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan yang tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang,” katanya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu memaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri memutuskan memberikan pengecualian kepada Seksyen 13(1)(c)(14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 Akta 832 berhubung usul tambahan.

Beliau berkata, surat dari KDN itu adalah satu keabsahan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO disahkan tidak dipertandingkan.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pak Mail.. elok dh tu seberang kapal.. semua benda dh tak berkenan di hati.. minta je la salinan surat..

  2. Pak mail. Dah tK releven dengan UMNO.. Banyak hal salahguna kuasa dan ketirisan wang yang Pak Mail perlu jawab. Elok masuk BERSATU. aje sebab TSMY banyak duit dan boleh tanggung pak mail.

Comments are closed.