@malaysiagazette Seekor anak gajah jantan didapati sesat ditemui berhampiran Dewan Sri Abdul Manan, di Kuantan petang tadi. #mgviral #fypシ
KUANTAN – Hari ini penduduk Kuantan kecoh dengan kemunculan seekor anak gajah yang sesat di dalam belukar di tepi jalan.
Kejadian ini berlaku selepas beberapa minggu lalu tular buaya tembaga terdampar di parit dan tepi Sungai Kuantan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 6 petang tadi.
“Semasa pasukan peronda polis membuat rondaan tadi mendapati seekor gajah liar berada di kawasan belukar belakang Dewan Sri Abdul Manan dan berhampiran Taman Perumahan Pandan Damai,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Wan Mohd Zahari berkata, seorang pegawai dan enam anggota Perhilitan Pahang bersama Ketua Balai Polis Jaya Gading tiba di lokasi berkenaan pada jam 6.10 petang.
Anak gajah diberi diberi ubat pelali untuk ditambat.
Tambahnya, Perhilitan akan mengawasi keadaan di lokasi gajah ditambat sehingga proses peralihan selesai sepenuhnya.
“Proses peralihan ini dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari dan pihak polis akan membantu membuat kawalan lalu lintas sehingga selesai.
Beliau meminta orang ramai tidak menghampiri gajah yang ditambat itu.
Penduduk Taman juga diminta menghubungi Balai Polis Jaya Gading dan Perhilitan sekiranya ada terlihat kelibat gajah liar yang lain berada di lokasi tersebut. – MalaysiaGazette