Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands hari ini berkenan bergambar bersama-sama petugas HOSKHA

CAMERON HIGHLANDS – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKA), Cameron Highlands hari ini.

Baginda berkenan meluangkan masa selama sejam melawat wad bersalin di hospital tersebut serta mengurniakan sumbangan kepada pesakit.

Sempena lawatan itu, Tunku Azizah turut berkenan menonton tayangan visual yang bersiaran langsung secara dalam talian bersama pasukan.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa.

Sesi taklimat disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Nor Azimi Yunus dan beberapa pegawai perubatan.

Selain itu, baginda mendengar taklimat prosedur pembedahan oleh Pakar Pembedahan Am yang menjalankan sesi interaksi virtual secara persidangan video dari dalam dewan bedah.

Tunku Azizah juga sempat menziarah pesakit di wad wanita serta Jabatan Kecemasan HoSHKA.

Sejurus selesai, baginda berkenan mencemar duli menyertai sesi fotografi bersama tetamu kehormat dan kakitangan HoSHKA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast