Aminuddin (kanan) menyempurnakan simbolik sumbangan di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Bali, Chaah Segamat, hari ini.

SEGAMAT – Prihatin terhadap nasib para guru yang turut menjadi mangsa banjir di daerah ini, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyampaikan bantuan kepada mereka, di sini, hari ini.

Pengerusi YGMB, Aminuddin Adam berkata, bantuan berupa 150 kotak barangan keperluan asas bernilai RM20,000 itu adalah sebahagian daripada tangungjawab sosial korporat (CSR) YGMB dalam usaha memelihara kebajikan warga pendidik.

“Diharapkan, sumbangan kecil berupa barangan keperluan asas buat 150 guru melibatkan 600 mangsa banjir ini dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga guru dalam bencana kali ini.

“Lebih bermakna apabila penyampaian bantuan disaksikan sendiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang turut menggalakkan inisiatif sebegini,” katanya.

Fadhlina (tengah) menyaksikan sumbangan disampaikan Aminuddin (kiri) di Sekolah Kebangsaan Seri Bali, Chaah, Segamat hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Fadhlina melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seri Bali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, antara barangan disampaikan adalah tepung, gula, kopi, sardin, kicap, susu, biskut, tuala wanita dan lampin pakai buang dewasa. – MalaysiaGazette.