Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selepas menghadiri ke mahkamah bagi sebutan prosiding sebutan kes permohonan cerai dengan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Puteri Sarah yang memfailkan tuntutan cerai daripada pengarah filem, Syamsul Yusof redha dengan apa jua keputusan mahkamah.

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Syariah, di sini, kira-kira jam 9.40 pagi jam memohon maaf kepada petugas media yang menunggu sejak jam 8 pagi berikutan sibuk mengurus hal anak-anaknya.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selepas menghadiri ke mahkamah bagi sebutan prosiding sebutan kes permohonan cerai dengan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2023.

“Sarah redha, Sarah ok, Sarah happy. Sarah sangat ok hari ini, Alhamdulilah,” katanya sebelum beredar menuju ke lif bersama peguam, Datuk Akberdin.

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selaku plaintif memfailkan permohonan berkenaan menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof selaku defendan.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selepas menghadiri ke mahkamah bagi sebutan prosiding sebutan kes permohonan cerai dengan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2023.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Terdahulu, Syamsul atau nama sebenar Mohd Shamsul Md Yusof yang ditemani beberapa rakan tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi. – MalaysiaGazette