Terletak kurang dua kilometer dari Juru City, bangunan baharu yang tersergam indah tersebut merupakan Hotel Iconic bertaraf empat bintang.

BUKIT MERTAJAM – Setiap kali merancang percutian, selain daripada tempat selesa untuk menginap, menjamu selera dan menarik untuk dilawati, perkara yang paling penting mendapat kepuasan.

Sudah tentunya Pulau Pinang sentiasa menjadi negeri yang boleh diterokai namun anda tidak perlu ke bahagian pulau kerana Seberang Perai sendiri sudah menawarkan banyak destinasi menarik.

Antara lokasi menarik yang boleh dilawati adalah Penang Bird Park, Bukit Mertajam Recreational Forest, Kg. Agong Penaga dan Ikea & Design Village Outlet Mall selain pelbagai tempat makan yang menyelerakan.

Jadi jika ke sana, perkara pertama yang dicari jika ingin melancong ialah tempat penginapan yang selesa dan mendamaikan.

Justeru sekiranya pemanduan melepasi Plaza Tol Juru dari Ipoh menuju ke arah Seberang Jaya, pemandangan kita pasti akan tertumpu ke arah sebuah bangunan tinggi yang terletak di bahagian kanan jalan.

Tetamu ditawarkan jenis konsep bilik yang diketengahkan iaitu bertemakan moden, urban dan kontemporari.

Terletak kurang dua kilometer (km) dari Juru City, bangunan baharu yang tersergam indah tersebut merupakan Hotel Iconic bertaraf empat bintang.

Menginap di sini dengan menikmati pengalaman bermalam di empat jenis bilik iaitu Superior, Studio, Premier dan Deluxe.

Menariknya di Hotel Iconic, setiap bilik dilengkapi dengan mesin kopi dan tidak kira bilik jenis mana yang anda tempah untuk menghirup kopi, teh dan air berkarbonat secara percuma di dalam bilik.

Selain terdapat juga kelengkapan lain yang disediakan adalah televisyen, peti simpanan, mini bar, kelengkapan membancuh kopi dan teh, perkakas mandian, serta kemudahan wifi berkelajuan tinggi.

Hotel ini juga turut menawarkan perkhidmatan dobi dan akses meletak kenderaan adalah percuma bagi memberi keselesaan kepada tetamu yang menginap.

Bagi yang ingin menjaga kesihatan dan mengekalkan stamina, anda juga boleh meluangkan waktu untuk bersenam di gim atau berenang di kolam renang yang terletak di aras lapan.

Tidak dilupakan untuk mereja yang mahu menganjurkan mesyuarat, seminar mahu pun majlis perkahwinan, Hotel Iconic turut menawarkan perkhidmatan sewaan bilik dan dewan besar yang bersesuaian.

Sementara itu, kepuasan menjamu selera juga menjadi keutamaan hotel ini apabila anda boleh menikmati hidangan sarapan pagi secara bufet di Restoran Mezza9 yang terletak di aras satu.

Ruang kelengkapan membancuh kopi dan teh sambil beristirehat.

Di sini, anda berpeluang merasai citarasa yang lazat kerana terdapat pelbagai menu yang menarik disajikan seperti masakan tempatan, barat pasta, stik dan banyak lagi.

Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pula, restoran ini menyediakan makan malam secara bufet bermula pukul 7  hingga 10 malam.

Jika anda ingin berehat sambil menikmati teh dan kopi berserta pencuci mulut di petang hari, anda boleh mendapatkan sajian menarik di Kafe Crumble & Cream.

Selain itu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, anda akan dihiburkan dengan persembahan ‘Live Band’ bermula pukul 8.45 malam hingga 11.30 malam.

Justeru, jika ke Pulau Pinang, pastikan Hotel Iconik menjadikan pilihan untuk menikmati pengalaman baharu kerana bukan sekadar menawarkan suasana dan kemudahan yang menarik, layanan kakitangannya juga mesra dan ramah.

Bagi yang ingin ke sana, tawaran-tawaran terkini boleh dilayari secara atas talian di www.iconichotel.com.my. – MalaysiaGazette

Kolam renang yang terletak di aras 8 di Hotel Iconic.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast