Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub beramah mesra bersama anak-anak yatim piatu selepas merasmikan menu Rahmah McDonald's di McDonald's Mutiara Damansara. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2023.

PETALING JAYA – Jualan Rahmah Raya akan diumum pada minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Jelasnya, khabar gembira itu akan diumumkan menerusi sidang media yang bakal diadakan di sebuah gedung terkemuka kelak.

“Minggu depan saya akan adakan sidang media Jualan Rahmah Raya di sebuah gedung terkemuka,” katanya ringkas ketika sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Menu Rahmah McDonald’s.

Sebelum ini, Salahuddin berkata, inisiatif Menu Rahmah akan diperluaskan kepada industri pakaian menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut April depan.

Jelas beliau, KPDN mengadakan mengadakan sesi libat urus dengan industri pakaian untuk menjayakan penawaran harga yang berpatutan untuk golongan B40 khususnya.- MalaysiaGazette