Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melihat pilihan makanan menu Rahmah McDonald's selepas merasmikannya di McDonald's Mutiara Damansara. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2023.

PETALING JAYA – Semua industri termasuk yang berkait dengan makanan bakal menerima manfaat sekiranya ekonomi terus berkembang dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkembangan baik semakin kelihatan selepas Amazon Web Services (AWS) melabur di dalam negara ini.

“Mereka (pelabur) yakin kestabilan politik negara telah nampak cahayanya (semakin baik). Jadi kalau ekonomi tumbuh pantas , pertumbuhan KDNK kembali meningkat, semua industri akan dapat manfaat,” katanya ketika menyampaikan ucapan Pelancaran Menu Rahmah McDonald’s.

Ujar Salahuddin, ia merupakan impak kepada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi beberapa lawatannya ke beberapa negara baru-baru ini.

Anwar baru-baru ini mengumumkan AWS bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion sehingga 2037.

Katanya, AWS telah komited kepada pelaburan teknologi antarabangsa terbesarnya setakat ini di Malaysia.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast