Buku berjudul Fiqh Siasah Abdul Hadi Awang Dalam Sosiopolitik Malaysia & Antarabangsa.

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan ahli akademik universiti Awam (UA) terlibat dalam menghasil kajian dan penulisan biografi lengkap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari sudut pendidikan, karier politik dan sumbangan beliau di peringkat negara  serta antarabangsa.

Mereka adalah lapan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seorang dari Universiti Sains Islam Malaysia yang muncul sebagai barisan penyumbang kertas kajian dalam buku berjudul Fiqh Siasah Abdul Hadi Awang Dalam Sosiopolitik Malaysia & Antarabangsa.

Ia diterbitkan oleh Pustaka Permata Ummah dengan kerjasama Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dan UKM.

Pustaka Permata Ummah dalam satu kenyataan berkata, buku itu turut memuatkan tentang idea, gagasan dan perspektif politik  Abdul Hadi di mana dalam satu bab, penulis telah mengkaji dan mengupas pendekatan dan langkah politik yang dilaksanakan oleh beliau.

“Ia berdasarkan lima fiqh utama iaitu Fiqh Muwazanah, Fiqh Waqie, Fiqh Aulawiyyat dan Fiqh Ma’alat di samping kerangka ilmu usul fiqh, maqasid al-syari’ah dan siasah syar’iyyah.

“Selain itu, buku ini juga mengkaji secara khusus tentang bagaimana pendekatan politik, dakwah, pentadbiran yang dibawa oleh Tan Sri Tuan Guru dan dibahaskan dalam bab-bab secara khusus inovasi baharu dalam kaedah, pendekatan dan strategi berpolitik seperti konsep tahaluf siyasi, ta’awun siyasi, budaya politik matang dan sejahtera dan seumpamanya.

“Pembaca boleh melihat sendiri bagaimana tokoh ini memberi sumbangan dalam tunjang politik, pentadbiran dan dakwah tersebut,” tulis kenyataan itu.

Penerbit buku itu menambah, antara bab penting yang bakal menggambarkan jasa dan sumbangan besar Abdul Hadi di peringkat antarabangsa menerusi bab 11 yang merupakan bab terakhir dalam buku itu.

“Di sini para penulis mengkaji berkenaan pengaruh Tan Sri Tuan Guru serta siri sumbangan beliau kepada dunia Islam dan gerakan Islam itu sendiri.

“Pengalaman beliau dalam misi-misi damai dan pengalaman bersama pemimpin gerakan Islam seperti Prof Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turkiye bakal menemui pembaca,” katanya.

Sementara itu, pelancaran buku Fiqh Siasah Abdul Hadi Awang dalam Sosiopolitik Malaysia dan Antarabangsa diadakan sempena program Dialog Ulama’ Negarawan yang dianjurkan oleh Yayasan Permata Ummah (YPU) bersama Ahli Parlimen Marang itu.

Abdul Hadi sendiri telah melancarkan buku ini dengan menyempurnakan gimik perasmian bersama Pengerusi YPU,  Dr Muhammad Khalil dan dua orang wakil penulis. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. adakah dalam fekah hadi boleh rampas kuasa kerajaan yang memerintah? .. padahal pemimpin itu islam juga cuma parti yang berbeza . . bila dia memerintah lesen judi ditambah . bila dia pembangkang lesen judi dimansuhkan . sedangkan dari judi banyak menolong rakyat . hingga dapat membayar hutang dari kalanga kawan yang islam .

    • semoga tuan guru, di panjangkan umur, supya kita rakyat malaysia khususnya org islam dapat melihat seorg ulama yg besar jasanya kpda dunia islam di mlysia dan dunia… terbaik tuan guru, jasa mu, tiada tolak bandingnya di mlysia dan dunia islam.. Ya Allah engkau hancur lah kerajaan yg bawa budaya songsang di bumi malaysia ini dan kerajaan yg pandai kencing rakyat,janji penipu.. amin amin.

Comments are closed.