Datuk Rais Yasin

MELAKA – Melaka dijangka akan mengumumkan berita baik berhubung elaun bulanan kepada guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini dalam masa terdekat.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata, ia bagi menghargai jasa dan keringat 1,465 guru berkenaan yang berada di bawah kerajaan negeri selain memastikan kebajikan mereka terpelihara.

“Saya percaya akan ada berita gembira buat semua guru-guru KAFA yang mugkin sebelum ni merasakan mereka tidak mendapat (elaun) yang sepatutnya.

“Ini dah diperingkat akhir untuk kita buat keputusan kerana melibatkan bajet yang besar juga seperti yang sering dinyatakan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya tak boleh mendahului Ketua Menteri, tapi saya yakin beliau akan berikan sesuatu yang baik dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Peringkat Negeri Melaka di sini petang ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Mengulas lanjut Rais berkata, berita baik yang akan diberikan setiap bulan itu diharap sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kumpulan guru berkenaan.

“Kita cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik namun perlulah bersesuaian dengan kudrat (kemampuan) yang pada pada kerajaan negeri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast