Rafizi Ramli.-Foto MOHD ADZLAN, 09 MAC 2023.

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu memberi kepercayaan penuh kepada sistem perundangan, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes membabitkan  Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan  kekal dengan prinsip untuk tidak campur tangan terhadap terhadap sistem perundangan sekalipun ia membabitkan pihak kerajaan.

“Saya tidak mahu masuk campur malah ketika menjadi pembangkang, saya terima kes demi kes daripada whistleblower (pemberi maklumat) yang mana saya harus harus bercakap dan hampir membayar harga yang mahal.

“Sekarang sebagai kerajaan, sangat penting untuk saya tidak dekat.. untuk memastikan dari perspektif kerajaan supaya kita elak sebarang campur tangan.

 “Dalam hal ini, biar proses itu berjalan termasuk proses mahkamah, beri kepercayaan penuh kepada sistem kita, perundangan dan SPRM,” katanya ketika sidang media selepas Sesi libat urus Menteri Ekonomi bersama Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri di sini hari ini.

Menteri Ekonomi itu berkata demikian bagi mengulas berkenaan siasatan SPRM terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan berkaitan projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sebagai rekod, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Ahli Parlimen Pagoh akan didakwa di Mahkamah Sesyen pagi esok.

Beliau dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. INI LAGI SEORANG MUNAFIK……JIKA SAYA MENANG PRU 15 SAYA AKAN LAWAN AZAM BAKI yang menyiasat akaun INVOLKE saya

    Timbalan presiden PKR Rafizi Ramli memberi amaran kepada ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Tan Sri Azam baki bahawa Pakatan Harapan akan mencarinya pula berhubung skandal pegangan sahamnya sebelum ini jika gabungan itu menang PRU ke-15.

  2. Sorang yg munafik rapiji nih.. POLITIK
    Semua pihak kena percaya kepada sistem perundangan – Rafizi–sebelum jadi kerajaan ckp undang-undang malaysia ini undang-undang rimba-berat sebelah-semua rapiji ckp betul. Rakyat bagaikan seperti lembu..percaya idup2..

Comments are closed.