KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman Akaun 2 sebagai sokongan untuk pencarum membuat pinjaman peribadi.
Menurut KWSP, pihaknya juga akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.
“KWSP ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai sokongan untuk membuat pinjaman peribadi daripada sistem perbankan bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai,” kata KWSP dalam kenyataan pagi ini.
Menurut kenyataan itu lagi,maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan tersebut akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang.
Semalam Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bercadang memperkenal kaedah yang membenarkan pencarum membuat pinjaman bank dengan menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai kolateral atau cagaran kepada bank.
Bagaimanapun, katanya, kaedah itu hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang. – MalaysiaGazette
Assalamualaikum w.b.t,
Apalah punya ‘kurang cerdik’ PERDANA MENTERI KITA YANG KE-10′ ni…
Nak tambah HUTANG kita ke?
Nak ‘KAYA’ kan BANK tu nak buat apa?
TOLONGLAH…KAMI NAK DUIT KAMI TUUU..Kami nak gunakan utk
PERSEKOLAHAN ANAK & BELANJA PUASA, RAYA AIDILFITRI.
Bukannya kami nak keluarkan semua yg ada dalam akaun tu…
Sekian, Terima Kasih.
Jendul la kalau nk gunakan akaun 2 sbg cagaran. Rakyat benar2 terkesan dan terdesak. Di mana logiknya klu tggu simpanan sampai 55 tahun tapi masih dibebani hutang.
Kenapa penjawat kerajaan gang duserap masuk ke jawatan tetap dibenarkan nengeluarkan kwsp sblm 55 tahun. Mohon di kaji semula, demi kesinambungan hidup. Tidak semua bernasib baik dan jangan hanya menggunakan andaian.
boleh ke kwsp memastikan dividen tahunan melebihi nilai interest yang dikenakan bank. Sedangkan deviden asb pun tidak mampu untuk memberi nilai yang tinggi dari faedah yang dikenakan bank bagi pinjaman asb. Kemungkinan tabung simpanan dalam bank sudah tiada sebab itu ramai yang hendak pengeluaran kwsp.
Jikalau wang simpanan KWSP kurang dari 10k makin pinjama dengan interest lebih manjadi simpana future lebih sesak. PM please consider give us withdraw last from our epf account. we need cash now then plan for future. please listen to our voice. thanks