Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid UNITEN, Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2023.

KAJANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bersama kira-kira 4,000 jemaah.

Perdana Menteri yang tiba di UNITEN  jam 1 petang sebelum itu menjamu selera bersama-sama pelajar universiti berkenaan.

Anwar menikmati sup tulang dengan nasi putih sebagai hidangan tengahari beliau di Medan Selera UPTEN, Kajang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Medan Selera UPTEN, Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2023.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) disertai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Ir. Baharin Din; dan Naib Canselor UNITEN Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman bagi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan usai perdana menteri menjamu selera.

Solat Jumaat itu memperdengarkan khutbah bertajuk ‘Tauliah Mengajar; Suatu Keperluan’ yang disampaikan pensyarah tahfiz UNITEN, Amaluddin Arshad.

Perdana menteri kesepuluh itu turut meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan pelajar tahfiz UNITEN, Muhammad Fadzreen Muhamad Fadzil. – MalaysiaGazette