Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Azmi Abu Kassim pada Majlis Town Hall Discussion Sempena Hari Polis Ke-216 ‘Keselamatan Jalan Raya : Isu Kesesakan Lalulintas di KL Wellness City di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial baru-baru ini telah dihantar dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya masih menunggu maklum balas pihak berkenaan.

“Kami telah hantar (kertas siasatan) dan mereka (pihak pendakwa raya) memerlukan masa untuk meneliti kes berkenaan. Oleh itu, polis masih menunggu maklum balas mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Town Hall Discussion Sempena Hari Polis ke-216 ‘Keselamatan Jalan Raya: Isu Kesesakan Lalulintas’ di KL Wellness City di Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes siasatan pertelingkahan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya yang tular baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang dalam longkang berhampiran tasik lombong di Jinjang, di sini pada 19 Feb lepas, Azmi berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Setakat ini, belum ada suspek tertentu terlibat kerana polis sedang mencari dan mengenal pasti suspek,” katanya. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast